Sunday, April 28, 2013


UCAPAN ANGKUH MAHATHIR DI PUTERAJAYA


                                                                                                   

TUN MAHATHIR tidak habis-habis dengan perangai buruknya  suka memperburukan,   merendah-rendahkan,memperlekeh ,   mencerca dan mencaci orang .Kali ini giliran Husam Musa menjadi sasaranya.
Sebelumnya semua orang tidak kena. Pandai sungguh Dr M beretorika dan bermantik bahawa PAS sebuah parti yang busuk dan UMNO sebagai parti yang murni dan berjasa. Ada kebenaran tetapi tidak muluk dan mutlak. Hakikatnya tidak begitu. PR menentang UBN kerana KEBOBROKANNYA. Ini bukan fitnah.Ia adalah kenyataan.
Sebuah kerajaan tua yang telah rosak daripada dalam setelah 55 tahun berkuasa. Semenjak zaman pemerintahan Dr M terlalu banyak salah guna kuasa yang berlaku yang menyebabkan kehilangan wang negara dalam jumlah yang besar.
Menurut Musa Hitam timbalan beliau  rasuah di zaman Mahathir berlaku secara leluasa .Beliau menggunakan istilah rampant. Itulah watak Dr Mahathir.Semua orang tidak kena. Hanya beliau yang unggul walau pun tidak lagi jadi PM.
Musa Hitam tak pandai sebab itu ia tidak boleh bersama dengan beliau. Ghaffar Baba lagi  tak pandai kerana gaya dan inteleknya seperti orang biasa.Beliau hanya berguna semasa Dr M memerlukannya untuk menentang Musa. Anwar Ibrahim bukan saja tak pandai tetapi  berakhlak  buruk.
Gagal mengurus ekonomi semasa krisis tahun 1997.Dr M saja yang sempurna. Justeru apabila beliau mengkritik terimalah dengan senang hati. Itu nasihat daripada Mamanda Pradana  orang yang paling aula di bumi Malaysia.
Ini ucapan beliau terhadap Husam Musa:



ISI UCAPAN DR MAHATHIR DI PUTERAJAYA

“Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan Putrajaya.

Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;

“Balik betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai baru bercita-cita jadi PM.
 
“Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan, Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir

Komen Tinta Merah
 
Strategi Tun Dr Mahathir yang downgrade Husam akan menimbulkan kemarahan anak-anak Kelantan di Puterajaya.Khabarnya jumlah mereka yang pegang jawatan kerajaan peringgi tinggi di sana agak ramai. Orang lain pun marah juga. Mengapa seorang negarawan jadi begitu. Namun Dr M tetap Dr M ia tidak akan berubah.

Ia terlalu yakin dengan apa yang dibuatnya betul walau pun bertentangan dengan  norma biasa, adat dan demokrasi. Selaran Dr M itu tentu amat bertentangan dengan kemurniaan akhlak yang bertunjangkan agama Islam.

Orang menawarkan diri untuk bertandingan atas nama parti. Atas nama dasar-dasar kerajaan yang konkrit dan  lebih baik. Menang di Puterajaya bukan bererti Puterajaya kepunyaan PAS.Ini satu percobaan bahawa PAS mampu menggantikan UMNO yang telah rosak hingga ke ususnya mengikut penilaian Dr M sendiri.

Di bandingkan dengan Tengku Adnan, atas dasar parti yang diwakili  dan kepimpinan  Husam  jauh lebih baik dan layak. Beliau ada misi dan visi untuk masa depan Malaysia. Masa pemerintahan Suharto Parti Pembangunan yang berorientasikan Islam pernah menang di Jakarta mengalahkan GOLKAR.Jadi  apa masalahnya untuk PAS menang di Puterajaya

Di Amerika Demokrat dan Republikan menang di kawasan yang berbeza. Ini petanda sehat bahawa PAS sudah diterima di bandar.PAS bukan sahaja mampu menyaingi UMNO malahan akan mengalahkan UMNO di bandar-bandar besar sebagaimana pencapaiannya di Selangor dalam PRU ke 12.

PENGARUH PAS telah melebar daripada luar  bandar ke kawasan metropolis. Parti yang berupaya  membawa pengisian rohani kepada orang di bandar yang terlalu kebendaan. Itu menurut Datuk Mat Taib tokoh UMNO  yang baru menyertai PAS.

Dr M tidak payah hasut orang Puterajaya untuk sokong BN secara melulu. BN  penuh dengan berbagai  kemungkaran ekonomi, rasuah dan penyelewengan dan salah guna kuasa. Pembangunan boleh diterima tetapi salah urus kerajaan tidak boleh diterima.Itu lah perubahan yang dituntut oleh Pakatan Rakyat. Tata kelola kerajaan ayng lebih baik GOOD GOVERNANCE sebagaimana yang berjaya dilakukan di Selangor dan P.Pinang.

Dengan perkembangan ini kemaraan Husam ke Puterajaya semakin cerah.BN teruskanlah  membuat kesilapan di pecutan terakhir !!!!!!!! Kini Dr M adakah menjadi aset atau beban kepada BN ???????????

No comments:

Post a Comment