MESEJ KEPADA UMNO : KAMILIA IBRAHIM ADALAH PEJUANG HAK BUKAN PENGKHIANAT
Pemberontakan Dalam Parti
BN
pula mengalami pemberontakan di beberapa buah kerusi di mana ahlinya
bertanding sebagai calon bebas seperti Parlimen Kuala Kangsar, Perak;
Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Pandan, Selangor.
Cabaran
dalaman yang paling mengaibkan bagi BN adalah keputusan Timbalan Ketua
Wanita Umno, Kamilia Ibrahim, keluar parti dan bertanding sebagai calon
bebas.
Tidak
sukar memahami tindakan Kamilia menolak tawaran bertanding kerusi DUN
Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon bebas Parlimen. Beliau adalah
antara pemimpin atasan Wanita Umno yang berotak, berprinsip dan tidak
pandai mengampu.
Ketidakpandaian
atau ketidakrelaan beliau mengampu dianggap kesombongan oleh pengkritik
beliau. Tetapi yang sebenarnya menjadi masalah adalah pemikiran beliau
yang lebih superior daripada banyak pemimpin tertinggi BN. Ada pemimpin
atasan BN berasa terancam dengan kemunculan wanita cerdik dan berani
dalam parti
(DIPETIK DRPD KADIR JASIN)
TINTA MERAH : ANALISIS FENOMENA POLITIK
Kerusi Kuala
Kangsar secara tradisi adalah kepunyaan Wanita UMNO.Sebelummnya di
tandingi Rafidah Aziz beberapa penggal. Sudahlah kerusi Lembah Pantai
yang ditandingi Sharizat Jalil (Ketua Wanita UMNO) di beri kepada Raja
Nongchik , kerusi Kuala Kangsar secara logik mengapa wajar diberi
kepada wanita UMNO.Ketuanya tidak bertanding mengapa orang No 2 yang
berwibawa tidak diberi peluang. Tepat sebagaimna kata Kamilia WANITA SUDAH TIDAK ADA NILAI DI DALAM UMNO.
UMNO sudah masuk
menjadi parti tua dihujung usia.Tindakannya selalu tersasul dan tidak
menentu. Pada UMNO siapa saja yang berani bercakap benar mereka adalah
pengkhianat. Berapa banyak pemimpin UMNO yang tindak tanduk mengkhianati
amanah secara nyata.
Siapa yang mengubah
DEB menjadi dasar penswastaan yang banyak menyebabkan kepentingan Melayu
hilang ? Siapa yang melaksanakan PPSMI yang menggugat Dasar Pelajaran
Kebangsaan.
Siapakah yang
menghilangkan tulisan jawi daripada media arus perdana. Siapa yang
menyebabkan FELDA diperdagangkan di bursa Malaysia menjadi FGV.Siapa
yang menghilangkan Tanah Simpanan Melayu yang berjumlah 3 juta ekar
tinggal 1.7 juta ekar sahaja.
Siapakah yang
menolak hukum hudud dengan pelbagai alasan sedangkan ia boleh
dilaksanakan jika UMNO mahu kerana perlembagaan kita jelas mencatatkan
ISLAM ADALAH AGAMA BAGI PERSEKUTUAN.Siapa yang merampas hak royalti
minyak Kelantan dan Terengganu ?
Bagi UMNO yang
sekular pengkhianatan adalah terhadap agama , bangsa dan tanah air
adalah perkara biasa. Tahniah kepada Kamilia kerana berani menetang
arus. Tidak senang untuk mengalahkan UMNO kerana dua perkara.Pertama
kebodohan Melayu dalam politik dengan rumus yang salah iaitu UMNO itu
Melayu, Melayu itu Islam, Melayu bersatu Islam berdaulat .
Sebab itu PAS
terpaksa memilih tahaluf siasi bersama PR , bekerjasama dengan
parti-parti yang boleh bertolak ansur demi kepentingan bersama
sebagaimana yang UMNO lakukan. Datuk Kamilia memberi amaran suara
kebenaran daripada Wanita UMNO wajib di dengar !