KATA BESTARI HARI INI “JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN SEJARAH”
SEJARAH
melakar dan merakamkan yang benar. Justeru sejarah adalah musuh kepada
pihak berkuasa yang berjalan di atas landasan propaganda. Propaganda
diputar untuk menutupi sejarah. Apakah yang dilakar oleh sejarah
mengenai demokrasi di Malaysia ?
- Pada tahun 1959 ketika melangkah PRU pertama selepas MERDEKA , Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai PM untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja parti.
- Beliau menggunakan kenderaan peribadi, ongkos sendiri dan jentera parti yang dibiayai oleh ahli-ahli sepenuhnya untuk berkempen ke seluruh pelusuk negara. Beliau menunjukan contoh terpuji .
- Kini adakah contoh terpuji Bapa Malaysia menjadi ikutan kebanyakan para pemimpin UMNO yang kononnya berpegang kepada tradisi yang baik. Tonggak kepada demokrasi “Be fare and don’t misused the power
- Pada tahun 1950, Pembangkang Parti Rakyat, Parti Boroh, PPP dan gabungan Front Sosialis menang kebanyakan kerusi Majlis Perbandaran dan mengurus tadbir kerajaan tempatan di P.Pinang, Kuantan, Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka.
- Bermakna sejak dari awal Pembangkang ada pengalaman mengurus tadbir kerajaan di peringkat Kerajaan Tempatan.
- Perbandaran Ipoh antara yang terbaik diurus oleh PPP di bawah keluarga Seenivasagam.Begitu juga di Melaka dan P. Pinang. Siapa kata pembangkang tidak ada pengalaman
- Pilihanraya Kerajaan Tempatan dibatalkan oleh Perikatan dan BN kemudiannya tanpa alasan konkrit semenjak tahun 1965 kerana takut menerima kekalahan. Sedangkan ia telah bermula pada tahun 1951 dan berjalan lancar sehingga 1964.
- Negeri -negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan mengalami surplus belanjawan berlebihan selepas ambil alih kerajaan negeri pada PRU ke 12, 2008.
- Mereka mampu membayar hutang yang ditinggalkan BN .Contohnya P.Pinang hutang kepada kerajaan pusat hampir langsai. Wang lebihan digunakan untuk membantu warga emas, khairat kematian, pendidikan dll.
- Jejak ini diikuti oleh BN menerusi bantuan BRIM, PRIM dsbnya walau pun belanjawan negara mengalami defisit yang berkepanjangan. Sekali belanjawan mengalalami lebihan semasa DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
- Pada era Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak sebelum adanya hasil petroleum, kerajaan mampu memberi biasiswa kepada para pelajar bumiputera yang memasuki ke universiti.
- Hukum hudud adalah syariat Allah berlandaskan Al Quran dan sunnah bukan rekaan PAS tetapi Dr Mahathir mengatakan itu hudud PAS bukannya hudud Islam.
- PAS menjadikannya enakmen yang diluluskan oleh DUN Kelantan dan dipersetujui oleh baginda Sultan untuk dikemukakan kepada kerajaan pusat.
- Dr Mahathir mengugut hudud hanya boleh dilaksanakan jika Kelantan berada di luar Malaysia. Hakikatnya dalam perlembagaan jelas terlakar ISLAM ADALAH AGAMA BAGI PERSEKUTUAN”
- Orang Islam sama ada UMNO atau PAS dan lain-lain tidak boleh sama sekali bertikai untuk menolak hudud dan pelaksanaan syariat Allah di atas muka bumi Allah jika kita ingin bernaung di bawah langitnya dan hidup di tas mukabumi.
- Syariat Allah tidak dipaksakan ke atas bukan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad semasa memerintah negara kota Madinah.
- Pada ketika itu telah wujud taaluf siasi di antara orang Islam dengan Yahudi dan orang Islam dengan puak pagan.Apa masalahnya apabila PAS bertaaluf siasi atas dasar kerjasama sedangkan DAP tidak menolak perlembaagaan negara yang memperuntukkan ISLAM ADALAH AGAMA UNTUK PERSEKUTUAN.
- PERUNTUKAN TERSEBUT SUDAH CUKUP UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM KE ATAS ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA.
- DAP TIDAK BOLEH MENENTANG KERANA ISLAM TIDAK DIPAKSAKAN KE ATAS BUKAN ISLAM.
- MEREKA BEBAS MEMILIH UNDANG-UNDANG SIVIL DAN UNDNG-UNDANG ADAT MEREKA SEBAGAIMANA YANG TELAH DIAMALKAN DI SERAWAK DAN SABAH.
- PERTUKARAN KERAJAAN ADALAH PERKARA BIASA DALAM SISTEM DEMOKRASI.
- SIAPA SAHAJA YANG NAIK PASTI MEMELIHARA PERLEMBAGAAN YANG TERMAKTUB DENGAN JELAS. MEREKA ADALAH RAKYAT MALAYSIA BUKANNYA ORANG ASING.
- PADA TAHUN 2004 KERUSI MELAYU DALAM PARLIMEN IALAH 130.BILA PR MENANG PADA TAHUN 2008 JUMLAHNYA MENINGKAT KEPADA 140 .SIAPA KATA MELAYU TIDAK DOMINAN DALAM PR.