APA DI SEBALIK KEJAYAAN EKONOMI ZAMAN MAHATHIR
MEMANG
DI BAWAH KEPIMPINAN DR MAHATHIR KADAR PERKEMBANGAN EKONOMI SANGAT
PESAT. NAMUN IA TIDAK MENYUMBANG KEPADA DASAR EKONOMI BARU. SEDANGKAN
PERKEMBANGAN EKONOMI SECARA GENCAR BERLAKU DISEBABKAN OLEH DASAR
TERSEBUT DASAR EKONOMI BARU.
Kejayaan terbesar DEB ialah ia
berjaya melahirkan kelas sederhana Melayu yang agak besar di bandar. Ia
berjaya melahirkan golongan bijak pandai dan profesional Melayu yang
ramai. Sasaran akhir ialah Melayu menguasai kek ekonomi 30
peratus.Sasaran ini belum tercapai walau tempoh 20 tahun di sasarkan
telah berlalu 1970-1990.
Ini agak pelik kerana tempoh
1990 – 1996 menyajksikan perkembangan ekonomi yang memberancangkan.
Ekonomi tumbuh dengahn rancak sehingga berlaku rompakan di BSKL pada
tahun 1997.
Selepas itu ekonomi Malaysia
terus tumbuh sehingga kini. Ekonomi berkembang tetapi DEB tidak
tercapai. Kini setelah berhempas pulas selama 30 tahun sasaran 30
peratus gagal diraih .Kita hanya mencapai 18 pertatus sahaja.
Lebih mengejukan jurang ekonomi
antara Melayu dengan bukan bukan Melayu semakin melebar. Jurang ekonomi
antara golongan Melayu yang istimewa dengan Melayu yang kebanyakan
sangatlah jauh. Keadaan ini berlaku dalam negara yang sangat makmur
antara yang terkaya di dunia.
KOMEN DARIPADA TINTA MERAH
Perjuangan
yang kononnya dibangunkan diatas agenda agama, bangsa dan tanah air,
semenjak 1981 jelas menjadi agenda mengayakan segelintir masyarakat
yang terpilih. Pada 1981 ma’nikam yang dikenali sebagai jauhari Melayu
telah memimpin bangsa kebinasaan. Dalam tahun 1988, kehancuran orang
Melayu sampai ke kemuncaknya apabila UMNO diharamkan dan diganti oleh
UMNO Dr Mahathir dengan UMNO ciplakan ” UMNO BARU”. Sebab itu bukan lah
satu rahsia lagi mengapa Dr Mahathir tidak senang duduk sekarang, sebab
legasi nya yang terbesar iaitu, UMNO88 akan berkubur tidak berapa lama
lagi.
PAKAR EKONOMI PUJI PM NAJIB – BERJAYA MAKMURKAN NEGARA DALAM SEKELIP MATA
Prof Dr Sudin Haron UNISZA puji kecermerlangan ekonomi PM Najib dalam masa 4 tahun
12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
di bawah ETP berpotensi untuk menyumbang jumlah ketara kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia,” kata Profesor Datuk Dr Sudin Haron kepada Bernama.
Beliau juga pengarah Pusat Harta
Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dan Ahli Lembaga
Pengarah Yayasan Wakaf Malaysia berkata Program Transformasi Ekonomi
perdana menteri itu telah menghasilkan banyak keputusan positif.
“Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat daripada RM630 bilion pada
2009 kepada RM749 bilion pada 2012. Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI)
juga meningkat daripada RM605 bilion kepada RM698 bilion pada tempoh
yang sama.
“Pelaburan terus asing (FDI) juga meningkat daripada RM5 bilion pada 2009 kepada RM37 bilion bagi 2011,” tambah Sudin.
Beliau juga berkata ketibaan pelancong asing ke Malaysia telah meningkat daripada 24.6 juta pada 2009 kepada 25 juta bagi 2012.
“Di
bawah pentadbiran Najib, lebih banyak peluang pekerjaan telah dicipta.
“Sebagai contoh, lebih 300,000 pekerjaan baharu dicipta pada 2011 dan
800,000 untuk 2012,” katanya.
ULASAN MUDAH
Ahli ekonomi memang bijak ada
autoriti untuk mempermainkan angka.Tujuannya untuk menunjukkan kejayaan
gemilang polisi ekonomi PM Najib dalam masa 4 tahun. Begitu juga dengan
kejayaan ekonomi zaman Pak Lah yang giat dengan koridor raya di sini
dan di sana. Angka lonkan ekonomi yang diberi mencecah trilion. Ini
apabia di analisis ialah gimik dan propaganda politik.
Apa hasilnya kepada rakyat. Belum
tentu. Itu hanya lakaran dan gambaran sahaja . Bila diterjemahkan nikmat
tidak turun ke bawah. Kalau tidak turun ke bawah adakah ianya melambung
ke atas ? Sebagaimana yang terjadi kini. Jurang ekonomi antara golongan
ekonomi yang paling kaya dengan golongan ekonomi yang paling rendah
sangat jauh.
Apa realiti dan buktinya ?
Rata-rata
rakyat terutama Melayu masih miskin .Mengikut data Jabatan Perangkaan
Malaysia 15.9 juta Melayu berpendapatan di bawah paras RM 1500/ sebulan.
Sebab itu para penerima BRIM 1 dan BRIM 2 terdiri daripada Melayu
mengesahkan mereka benar-benar miskin.
53 peratus daripada KDNK kita terpaksa dibelanjakan untuk membayar hutang negara
Hutang negara terus meningkat. Daripada RM 250 bilion pada tahun 2009 kini mencecah 505 bilion pada tahun 2002.
Statistik menunjukkan ramai graduan
kita yang menganggur. Bagaimana pula dengan lepasan SPM.Negara kita
dibanjiri pendatang asing yang merampas peluang kerja rakyat tempatyan.
Dasar gaji minima kita tidak mantap. Akibatnya ramai dibayar upahan
yang rendah. Terdedah kepada eksploitasi majikan khusus para pengawal.
Ekonomi bukan hanya pemainan angka
belaka .Ia harus di analisis dan didedahkan untuk melihat realitinya.
Kita mendengar manisnya mempelam. Kita hanya akan mengesahkan
kemanisannya apabila mengupas, memakan dan mengecapinya. Begitu juga
dengan pembangunan ekonomi.
Pembangunan negara tidak bererti
pembangunan rakyat jika nikmatnya tidak diagihkan secara
merata.Hakikatnya selepas 55 tahun merdeka Melayu masih merana di negara
sendiri.Di P.Pinang Melayu telah terpinggir .Pembangunan hartanah di
bandar-bandara utama memang hebat. Berapakan pemilikan kita ?
Kita perlukan seorang penganalisi
ekonomi sebijak Prof Ungku Aziz yang mampu menganalis tahap pencapaian
ekonomi rakyat untuk mendapat gambaran yang sebenar. Analisis ekonomi
yang telus memaparkan situasi ekonomi kini.
Khususnya nasib rakyat berhadapan
dengan inflasi dan berbagai himpitan ekonomi.Apakah yang halangan yang
menggalang hak rakyat untuk mendapatan agihan ekonomi yang lebih adil
di negara yang makmur. Apakah mekanisme dan pendekatannya ?
LIPUTAN LUAR NEGARA PR SEDANG MENGATASI BN
Sebuah stesyen TV Thailand menyatakan undi popular di Malaysia kini berpihak kepada Pakatan Rakyat
Mengikut berita yang disiarkan di TV Thailand, menurut satu kajian, Anwar Ibrahim yang mewakili PR kini memperolehi 43% manakala Najib Razak mewakili BN ketinggalan dengan menerima cuma 39% di dalam soalan yang bertanyakan :
Siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, sebuah akhbar Mesir “Al-Ahram” kelmarin juga membuat liputan pilihanraya di Malaysia pada muka surat 7 dengan gambar Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim menghiasi dan bertajuk:
“Pilihanraya Malaysia
Selepas 56 tahun berkuasa..Pakatan pemerintah terancam dengan kejatuhan.”