TIPS MENGUNDI PRU KE 13
TERKINI SEKITAR PENAMAAN CALON PRU KE 13
Sabtu, 20 April 2013
Terkini..Pertindihan Calon PAS dan PKR Ini Keputusannya..
PERTINDIHAN CALON PKR DAN PAS DI BEBERAPA TEMPAT PRU KE 13
Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan
mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membuat keputusan
berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di beberapa kerusi selepas tamat
tempoh penamaan calon hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dalam satu kenyataan petang ini.Antara kerusi yang berlaku pertembungantersebut adalah Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, DUN Kota Damansara, DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera, DUN Seberang Takir dan DUN Panti.
“Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini,” katanya.
Saturday, April 20, 2013
PRU-13: Pakatan tidak sepakat, berperang sesama sendiri
SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)
KOTA DAMANSARA, SELANGOR
Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)
LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN
Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
PANTI, JOHOR
Azlisham Azahar (PAS)
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
SEBERANG TAKIR, TERENGGANU
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
KOTA PUTERA, TERENGGANU
Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
BUKIT BESI, TERENGGANU
Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)
PAS CIPTA SEJARAH DEMI SEJARAH UNTUK SURVIVAL ISLAM DI MALAYSIA
PAS parti pertama yang menghantar wakil
rakyat mewakili wadah Islam sebelum merdeka.Berlaku dengan kemenangan
tunggal Haji Ahmad Tuan Hussein mengalahkan calon UMNO Haji Sulaiman
Palestin di Kerian Perak. Itulah sejarah yang terlakar.
Permulaan kemenangan pembangkang dalam
sejarah pilihanraya sebelum merdeka pada tahun 1955. Daripada kemenangan
yang minima ia berkembang sebagaimana yang ada kini. Wakil-wakil yang
mewakili kuasa rakyat di parlimen Malaysia dengan kemenangan gemilang
2008. Pertama kali mencabar dan menafikan kuasa 2/3 UMNO – Barisan
Nasional.
Meski pun di bawah tekanan penjajah
British yang ketat, di bawah kuasa darurat, PAS masih mampu menang
berhadapan dengan kemampuan yang sangat terbatas. Melawan dengan
kekuatan penjajah British yang menyokong UMN0 dengan tegas. Seluruh
pemimpin rakyat dijeblos ke kem-kem tahanan. Ahmad Boestaman, Haji Abu
Bakar al Baqir ,Ishak Haji Muhammad ribuan para pejuang rakyat ditahan,
dimasukkan ke kem-kem tahanan seluruh Malaya. Continue reading
DEMOKRASI KERAKYATAN : PASTIKAN PERALIHAN KUASA SECARA AMAN
Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.
Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka,” kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.
“Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut,” tambahnya.
SUMBER ; WARTA KERAJAAN RAKYAT
PRU KE 13- PELUANG MEMILIH KERAJAAN DAN TOKOH YANG KUAT
Rencana POLITIK April 19, 2013
PILIHANRAYA UNTUK MEMILIH KERAJAAN YANG KUAT — Ismail Hashim Yahaya
19 APRIL — Ketika semakin ramai orang
menyoal mengapa proses demokrasi di Malaysia tidak melahirkan elit-elit
politik yang dapat membawa kesejahteraan sosial, keadilan awam dan
mengswadayakan warga madani. Maka gagasan tentang pemerintahan yang kuat
tampil mendepani. Inilah isu utama iyang ditawarkan kepada ahli-ahli
politik menjelang pilihan raya 2013 ini.
Ia diperkuat oleh beberapa peristiwa
politik seperti persengkataan binari antara mantan Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir dan Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelemahan
masyarakat madani, gerakan demonstrasi Bersih dan beberapa isu lain yang membawa kepada pentingnya pemerintahan yang kuat demi masa depan negara.
Keupayaan pemerintahan untuk menjalankan
tugas-tugasnya dalam program- program yang konkrit, tersusun dan
memperlihatkan kesan kepada kualiti hidup masyarakat memang merupakan
prasyarat utama menuju kemakmuran rakyat.
Namun, gagasan pemerintahan yang kuat bukanlah tanpa cabaran dan persoalannya.
Ketika kita terpukau oleh hasil-hasil
pembangunan dari kepemimpinan kuat, kerap kali kita melupai bahawa
rakyat harus menukar capaian keberhasilan ekonomi yang makmur itu dengan
pembatasan kebebasan politik dan hak-hak sivil. Bukankah tanpa
kebebasan politik untuk berekspresi dan melibatkan diri dalam arena
politik, rakyat hanya menjadi penonton pasif menuruti kehendak elit-elit
politik?
Wacana tentang keupayaan pemerintahan
yang kuat dalam konteks negara demokrasi ditentukan oleh tingkatan
dalaman negara mengerakbalaskan suara-suara awam dan kemampuan dari
negara memperluas dan mengemukakan hak-hak dasar kewargaan serta
menguntukkan sumber-sumber produktif bagi pemenuhan keadilan awam.
Dari aspek demokrasi, kuatnya
pemerintahan yang berjalan seiring dengan pemberdayaannya dinamika
kehidupan demokrasi awam yang akan menentukan hadirnya sebuah negara
demokratik yang kuat.
Berbeza dengan tatanan pemerintahan yang
berbentuk authoritarian yang mensyaratkan kesenyapan atau diamnya
penglibatan warga. Pemerintahan yang kuat dalam tatanan politik
demokrasi memerlukan beberapa syarat iaitu:
Pertama, hadirnya karakter budaya
keadaban (civility) dan kuatnya tingkat kepercayaan (trust), baik dalam
proses-proses politik yang berlangsung antara warga dan elit politik
mahupun di antara elit politik itu sendiri.
Kedua, kemampuan negara untuk menyerap,
mengelola dan mengemukakan keutamaan kebijaksanaan awam yang mampu
memberikan perubahan bermakna bagi kebaikan bersama.
Ketiga, inisiatif-inisiatif konstruktif
dari kekuatan masyarakat madani yang sihat untuk mempengaruhi dinamika
proses politik elit mahupun menguatkan keupayaan negara ketika menjana
kebijaksanan awam.
Persoalannya, di tengah membina kekuatan
ini, selain perlaksanaan demokrasi melalui sistem pilihan raya dengan
mengadakan proses pengundian setiap lima tahun, tiga syarat utama itu
bagi membangunkan pemerintahan yang kuat dalam kerangka demokrasi masih
belum terlaksana di Malaysia.
Kemampuan pemerintah untuk menciptakan
kebijaksanaan awam yang responsif tidak kita temukan dalam realiti
politik Malaysia saat ini, ketika hubungan antara kebijaksanaan
pemerintah dan fakta sosial membentuk hubungan yang bertentangan atau
sangat menyokong secara ekstrim.
Berita tentang kepositifan
pemerintah mencacak tinggi berbanding dengan berita yang memburukkan
pembangkang yang menjunam menurun.
Saat kebijaksanan pemerintah tidak
memberikan pengaruh penting terhadap kemaslahatan bersama dan arena
politik yang berjalan semakin terasing dari denyut aspirasi rakyat.
Akibatnya warga negara menjadi kehilangan semangatnya untuk berperanan
dalam arena politik.
Keupayaan negara melemah sejalan dengan
hilangnya hasrat politik untuk menghadirkan inisiatif kewargaan bagi
tumbuhnya politik yang beradab.
Dalam kes Malaysia umpamanya, tinjauan
kritis terhadap pentingnya pemerintahan yang kuat memerlukan langkah
pertama yang berangkat dari tumbuhnya kembali hasrat dan inisiatif
politik konstruktif dari warganegara.
Putaran kempen pilihan raya adalah salah
satu momentum bagi warga negara untuk merintis jalan membangun
keupayaan negara yang kuat.
Saat ini adalah waktu yang tepat bagi
aktor-aktor strategis atau aktivis masyarakat madani untuk memastikan
bagaimana membangun mekanisme pemilihan awam yang tersusun untuk
menghasilkan elit-elit politik yang bersih.
Hal penting lainnya adalah merumuskan
tindakan politik apakah cara berkesan dapat dilakukan oleh rakyat untuk
mengawal ahli politik dengan janji-janji mereka sehingga ketika mereka
terpilih, warga dapat mengurangkan kemungkinan pengkhianatan mandat oleh
para elit kepada orang awam.
Dengan langkah-langkah bersahaja dan
konkrit seperti itulah pemerintahan kuat yang inklusif akan tumbuh di
Malaysia untuk mendengarkan suara-suara awam yang bekerja bagi pemuliaan
martabat kemanusiaan dan peningkatan kualiti hidup dari warganya.
* Penulis adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam.FAKTA YANG TERLAKAR SEKITAR PRESTASI PEMBANGKANG 1955-2008
Dalam pilihan raya umum kali
ini, bilangan pemilih baru dan muda cukup besar. Ikut anggaran,
kira-kira 40 peratus daripada lebih 13 juta pemilih berdaftar berumur
bawah 40 tahun. BERMAKNA 5.2 JUTA PENGUNDI MUDA .
Dalam Pilihan Raya Umum 2008 Barisan Nasional BN dapat 51. 4 peratus undi pada peringkat Parlimen tapi berjaya kuasai 140 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat
Ini bermakna walaupun gabungan DAP PKR dan PAS serta parti kecil lain dapat 48. 6 peratus undi dari segi kerusi mereka perolehi 82 sahaja.
Sejak PRU 1959 lagi pembangkang tak pernah dapat
kurang daripada 34 peratus undi popular. Masa prestasi mereka paling
teruk pun, iaitu dalam PRU 1995, mereka dapat 34.9 peratus undi. Masa
itu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Pengarah pilihanraya BN
Prestasi pembangkang paling baik pada 1969 apabila mereka dapat 55.1 peratus undi.
Prestasi pembangkang paling baik pada 1969 apabila mereka dapat 55.1 peratus undi.
Dalam tahun 1959 PRU pertama selepas
merdeka ,pembangkang iaitu PAS berjaya menawan 2 negeri Kelantan dan
Terengganu. Semua pemimpin besar pembangkang berada di parlimen.
Gabungan Parti Boroh dan Parti Rakyat
mememenangai pilhanraya Kerajaan Tempatan.Bermakna mereka menguasai
Majlis-majlis Perbandaran P.Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur , Melaka dan
Kuantan.
Masa itu nama-nama seperti Ooi Theam Su,
Hasnol Abdul Hadi, Sinivasagam terkenal sebagai Datuk Bandar yang
berjaya dengan pengurusan Kerajaan Tempatan yang terbaik. Banyak
mmebuat projek-projek perumahan untuk rakyat.
Jumlah undi yang dimenangi pembangkang :
Pada 1964 PEMBANGKANG dapat 41.8 peratus,parti Perikatan 58.2
Pembangkang pada 1969 – 55.1 peratus – prestasi terbaik , Perikatan 44.9 peratus
Pembangkang – 1974 (49.3 peratus), Barisan Nasional dapat 50.7 peratus
Pembangkang pada 1978 dapat 42.8 peratus, Barisan Nasional dapat 57.2 peratus
Pembangkang pada 1982 dapat (39.5 peratus), Barisan Nasional dapat 60.5 peratus
Pembangkang 1986 (42.7 peratus), BN 57. 3 peratus
Pembangkang 1990 (46.6 peratus),BN 53.4 peratus
Pembangkang 1995 (34.9 peratus),BN 65.1 peratus
Pembangkang 1999 (43.5 peratus), BN 56. 5 peratus
Pembangkang 2004 (36.2 peratus) dan BN dapat 63.8 peratus
Pembangkang 2008 (48.6 peratus), BN dapat 51.4 peratus
Prestasi terbaik parti PEMBANGKANG ialah
pada tahun 1959, 1969, 1990, 1999 dan 2008. Tahun 2008 buat pertama
kalinya pembangkang telah menafikan kuasa 2/3 BN
Pada tahun 1995 BN dapat prestasi terbaik
semasa DSAI menjadi Pengarah PRU ke 9 dan pada tahun 2008 BN hilang
kuasa 2/3 semasa DSAI jadi Ketua Pembambang mewakili Pakatan Rakyat
2013 ……………….?
PUNCA KEMENANGAN PERIKATAN /BARISAN NASIONAL SEPANJANG PRU 1-12
PRU SEBELUM MERDEKA – PENGESAHAN MAHU MERDEKA ATAU TIDAK ? MAHU MERDEKA PILIH PARTI YANG PRO BRITISH IAITU UMNO /PERIKATAN.
PRU 1955 – BERLANGSUNG DALAM SUASANA DARURAT. PARA PEMIMPIN RAKYAT DITANGKAP.
PARTI YANG DIBENARKAN AKTIF HANYA UMNO-PERIKATAN SAHAJA.
MUJUR PAS, DI BAWAH DR HAJI ABBAS ALIAS SEMPAT MENDAFTARKAN PARTI UNTUK MENYERTAI PRU. BERMULA DENGAN KEMENANGAN SATU KERUSI DI KERIAN PERAK. PEMBANGKANG MEMPUNYAI WAKILNYA IALAH HAJI AHMAD TUAN HUSSEIN
AKAN BERSAMBUNG ……………………………
PAKATAN RAKYAT TAWAN PUTRA JAYA APA AKAN JADI PADA EKONOMI KITA ?
KENYATAAN NAJIB JIKA PR MARA KE PUTRA JAYA
Perdana
menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada
rakyat Malaysia semalam saham dan ringgit akan jatuh jika BN dipaksa
keluar daripada kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 untuk kali pertama
sejak kemerdekaan, Bloomberg melaporkan semalam.
Majoriti
lebih kecil bagi BN, yang kehilangan majoriti tradisi dua pertiga dalam
Pilihan Raya 2008 boleh menjejaskan usaha beliau dalam mengawal defisit
bajet dan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim has lashed
out at caretaker prime minister Najib Tun Razak for using his position
to “strike fear” among the business community over the prospect of
Pakatan Rakyat capturing federal power in the general election. “The
warning in a recent Bloomberg interview of ‘a sharp plunge in Malaysian
stocks and the ringgit’ and ‘a catastrophic ruin for the country’ in the
event of a Pakatan victory is but a desperate and irresponsible act to
paint Pakatan in a bad light,” said the PKR de facto leader in a
APA PULA JAWAPAN DARIPADA PAKAR EKONOMI
ULASAN DIBUAT BERDASARKAN ANALISIS PAKAR EKONOMI PROF DATUK DR MOHD
ARIFF DARIPADA PUSAT PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA INCEIF-
Ekonomi Malaysia akan terus berkembang dengan 5 peratus tahun ini
walaupun jika Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kerajaan selepas Pilihan
Raya 2013
- Kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan PR adalah sama,
- Hubungan ekonomi dengan negara lain dan dengan sektor swasta akan b erjalan seperti baisa
- Perbezaan adalah dari segi gaya, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang lebih baik jika PR memerintah
Ekonomi Malaysia di bawah BN semasa pimpinan PM Najib 2009 -2013
Hutang
Malaysia, walau bagaimanapun, telah mencecah 53 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) – hampir ke siling 55 peratus –
meningkat daripada 43 peratus pada tahun 2008.BERITA GEMBIRA DARI P.PINANG
Terkini…
berita gembira untuk rakyat Malaysia dan rakyat P.Pinang.. Ketua
Menteri Sdr. Lim Guan Eng mengumumkan pemansuhan TOL bagi Leburaya Utara
Selatan dan Jambatan P.Pinang sekiranya PT diberi mandat utk menerajui
Putrajaya..itulah PR.. Kebajikan Rakyat diUtamakan.. Kroni UMNO
ditumpaskan…..jadi benarlah hanya pemimpin berjiwa rakyat memahami
kemahuan rakyat..
CALON BN TARIK DIRI DI DUN NEGERI SEMBILAN
Kurang 24 jam selepas Umno terus
menerima tamparan hebat apabila seorang calon yang sudah diberikan
watikah perlantikan mengumumkan untuk menarik diri, hari ini nasib
malang parti itu berterusan!Jika semalam, calon Barisan Nasional (BN)
bagi DUN Tanjung Bidara, Melaka menarik diri, hari ini berjangkit pula
ke Negeri Sembilan, salah satu negeri yang disasarkan Pakatan Rakyat
untuk membentuk kerajaan negeri baru.
Calon BN bagi DUN Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48, mengesahkan
beliau menemui Pengerusi BN negeri, Mohamad Hasan pagi ini, untuk
mengembalikan watikah pelantikan itu.Beliau yakin keputusan menarik diri
daripada bertanding itu dibuat untuk kebaikan semua pihak, sekali gus
memberi peluang BN menang pada pilihanraya umum kali ini(SUMBER addin)SAH CHEGU BARD BERTANDING DI SG ACHEH
18/04/13 DIPETIK DARI BATU VS KAYU
Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh
(Oleh Aisha Geoffrey)
SUBANG
JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah
akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada
Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.
Badrul atau Chegu Bard yang juga
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah
pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
pagi tadi.
Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah.
Sebelum
itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih
dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut.
Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi.