CALON PARLIMEN PR BALIK PULAU SAUDARA BAKHTIAR WANCHIK
ketika menyampaikan ucapan memperkenalkan diri di Teluk Bahang pada
Sabtu 12 April 2013 sebagai calon PRU ke 13 menyatakan berdasarkan
analisis beliau bahawa :
Pertarungan kini bukan di antara Barisan
Nasional dengan Pakatan Rakyat tetapi di antara BN dengan kebangkitan
rakyat.Rakyat bukan sahaja tidak puas hati malahan menolak dasar-dasar
BN yang menzalimi rakyat .Dasar-dasar BN yang membebankan rakyat dengan
berbagai bebanan cukai, charge dan kutipan.
Kesimpulannya rakyat menuntut perubahan menerusi dasar-dasar baru yang lebih telus, seimbang dan bertimbang rasa.
Mengapakah ini semua berlaku. Jawapannya
kerana ekonomi kita tidak bersifat terbuka. Wujud monopoli dalam
punca-punca ekonomi kita terutama sumber asli negara kita yang dikawal
oleh pihak-pihak tertentu secara rakus dan mulak.
Sebab itu polisi yang dibuat terarah
untuk tunduk kepada syarikat-syarikat multinasional yang dikendali oleh
beberapa nama besar seperti Syed Mokhtar Al Bukhari, YTL , Ananda
Krishnan dsbnya.
Kadang-kadang keputusan yang pelik
dibuat. Kontrek Petronas Syarikat Nasional kita yang selama ini
membekalkan minyak kepada MAS dihentikan untuk diberi kepada Syarikat
Baru iaitu PETRON. Adakah orang yang ada kepntingan dalam PETRONAS boleh
membuat keputusan yang merugikan PETRONAS .
Begitu juga dengan TOL. Kerajaan terikat
dengan PLUS untuk membayar pampasan sekiranya TOL tidak dinaikkan atas
permintaan PLUS untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Akibatnya TOL
terpaksa dinaikkan secara berterusan.
Implikasinya pengguna iaitu rakyat
menanggung beban yang berterusan.TOL mahal ,letrik mahal, harga gula
dinaikkan, harga barang makanan naik menggila harga rumah dan bahan
binaan usah dikatakan lagi!.Hampir tidak ada kawalan lagi untuk
mengimbanginya.
Dalam hierarki kekuasaan kerajaan yang
diwakili dan kuasa rakyatlah yang tertinggi bukannya syarikat .Namun
dalam realiti ia tidak begitu. Kerajan terpaksa tunduk kepada kehendak
korporat.
Oleh itu usaha memecah monopoli ini
hanya satu iaitu kuasa para elit penguasa yang rakus iaitu para NINGRAT
DI PENTAS KUASA wajar dikurangkan atau ditolak. Mereka harus diimbangi
dengan kuasa yang pro rakyat .
Itu pun jika rakyat faham dengan amalan
dan perjalanaan sistem ekonomi kini. Penguasaan ekonomi yang bersifat
monopoli tanpa diimbangi dengan dasar-dasar yang yang lebih telus dan
terbuka yang bersifat kerakyatan.
PRU bukan sekadar pengesahan terhadap
ketuanan tertentu tetapi reformasi perubahan untuk keadilan. Agihan
ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.Ia boleh dilakukan menerusi peti
undi dengan menyokong transformasi yang tulin bukannya transformasi
buatan yang bersifat propaganda .
Dasar -dasar yang bersifat gimik
“gula-gula pilihanraya” dan sementara. Silau dan manis untuk jangka
pendek Pada jangka panjangnya rakyat akan menderita. Selamat mengundi
demi perubahan yang sebenar.
KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT PERUBAHAN MEMBAWA KEBERKATAN
Anda mungkin juga meminati: