Saturday, 15 June 2013
UMNO akan Jual Bangsa Melayu untuk Kekal Kuasa
Hanya
orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa
yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan
1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera,
dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti
yang pemimpin nya semua korap dan rasuah?
Hanya
UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi
Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampong UMNO (pengerusi JKKK)
bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada
Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid
dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.
Hanya
pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu
tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada
ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak
mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah diserata tempat.
Hanya orang UMNO bercakap mengenai mulia nya institusi raja2 Melayu tapi pada
masa yang sama mengibaratkan raja2 Melayu sebagai anjing.
Jadi,
kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu
keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang
Melayu menyokong UMNO?
Yang
kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas
dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti,
tidak dapat tidak, kepentingan melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak
memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap
orang Melayu di kampung2 bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan
orang Melayu lain- haramjadah.
Orang
UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO,
pemimpin UMNO masih tidak faham2. Calun2 UMNO, yang menang dan kalah mendapat
3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua
calun2 UMNO.
Dari
3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina
dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang
menyokong calun2 UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak
ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini.
Jumlah
ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calun UMNO
dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta
angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO.
Fakta
nya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga
kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati
mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggu lah.
Kerja
membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi
UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak
boleh terima kenangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan
Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan
perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO.
Ya
, UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO di strukturkan supaya sekumpulan kecil
yang terpilih menungang diatas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan
UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan
bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan
orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO.
Dalam
kawasan yang tidak di tandingi oleh calun UMNO, orang Melayu tetap ada
menyokong parti BN. kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu
yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calun MCA( menang
dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu
menyokong cakun MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC?
10% dari 292,000 ialah kira2 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40%
dari 232,000=91,000.
Wa
hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara lansung dan
tidak lansung (melalui sekutu2 BN) ialah 3.2 juta. 3.2 juta sama jumlah nya dengan jumlah ahli
UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO.
Setelah
belanja berbilion Ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu
terutama nya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat
menambahkan 1juta sahaja pengundi Melayu.
Ringkasan keputusan PRU13-
data terpilih.
PARTI
|
UNDI(JUTA)
|
% UNDI
|
KERUSI
|
%KERUSI
|
BARISAN NASIONAL
|
5.24
|
47.4
|
133
|
59.9
|
UMNO
|
3.24
|
29.32
|
88
|
39.64
|
PUBB
|
0.23
|
2.10
|
14
|
6.31
|
MCA
|
0.89
|
8.14
|
7
|
3.15
|
PRS(swak)
|
0.06
|
0.54
|
6
|
2.7
|
MIC
|
0.29
|
2.64
|
4
|
1.8
|
Pakatan Rakyat
|
5.62
|
50.88
|
89
|
40.09
|
DAP
|
1.74
|
15.71
|
38
|
17.12
|
PKR
|
2.25
|
20.39
|
30
|
13.5
|
PAS
|
1.63
|
14.77
|
21
|
9.46
|
TOTAL
|
11.27
|
100
|
222
|
100
|
Sumber: SPR
Kalau
MIC, PBB dan yang lain2 tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham
signifikens perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa
sahaja untuk menjual harga diri nya untuk memastikan UMNO kekal sebagai
kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia
peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM.
Marilah
bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO.
UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan
bangsa Melayu perlukan UMNO.
No comments:
Post a Comment