Ini Jawapan Mengapa Singapura Dikeluarkan Dari Malaysia!!
Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.Tunku yang sedang kesakitan ketika itu, memberi arahan kepada timbalan beliau Tun Abdul Razak, untuk bertindak menyingkirkan Singapura daripada gugusan Malaysia. Abdullah Komunis berlagak lebih mengada-ngada apabila mendakwa Tun Razak (yang ketika itu menggunakan khidmat Dollah Komunis sebagai Setiausaha politik) telah membacakan sebahagian surat Tunku itu kepada Dollah Komunis sehinggakan Dollah Komunis merayu kepada Tun Razak supaya memujuk Tunku menimbang semula tindakannya. Kalaupun Tunku ada menulis surat semacam itu, tentulah penulisannya itu dibuat selepas berlaku peristiwa itu, kerana Tun Razak menerima arahan itu secara peribadi daripada Tunku yang ketika itu sedang berehat di 'London Clinic' di London.
dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke
Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli
kabinet Singapura mengenai perpisahan itu. Oleh kerana tidak ada
sebarang dokumen rasmi mengenai perkara itu, adalah serba mungkin Dollah
Komunis merujuk kepada satu surat yang ditulis pada tarikh yang lebih
lewat pada kejadian itu -- selepas berlakunya satu perpisahan yang tidak
dapat dielakkan. Ketika itu, segalanya sudah terlambat. Lagipun,
apabila Tunku sudah membuat keputusannya, tidak mungkin di merobah
pemikiran mengenai tindakannya.
Tatkala
itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura.
Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura .
Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula,
sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Apabila
Lee mengunjukkan draf rencana penarikan Singapura kepada Tunku, beliau
telah menandatanganinya dan meminta Lee mendapatkan tandatangan anggota
kabinet beliau untuk menyatakan persetujuan yang sama.
Tunku telah bertolak ke London pada bulan Jun. Beliau telah diserang
penyakit kayap dan telah dimasukkan ke London Clinic. Ketika itu PBB
sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi timbalan perdana
menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia. Tunku telah meminta Duta
Malaysia di Belanda Datuk (gelaran beliau ketika itu) Philip Kuok datang
ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa pesan kepada Tun
Ismail agar singgah di London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia.
Tunku mahukan Tun Razak terbang ke London secepat mungkin.
Mr.
Lee terjebak dalam satu perangkap bikinannya sendiri. Dia bergegas
menelefon Ketua Setiausaha Kementerian Luar ketika itu yang akhirnya
menjadi menteri luar Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie untuk campur
tangan sambil menyebut dia tidak mengingini perpisahan dan Tunku
dikatakannya tersilap tafsiran apa yang dimaksudkannya. Usaha Lee tidak
berbaloi. Beliau tidak mahu mempercayai sesiapa kerana memikirkan
perkara itu akan reda juga akhirnya. Apabila terserlah kemudiannya pada
akhir Julai 1965 bahawa Tunku tidak mahu merobah pendiriannya, seperti
pesanan Tun yang amat jelas mengenainya, barulah Mr. Lee mengumumkan
perkara itu kepada ahli kabinetnya. Lee tidak mahu berpisah daripada
Malaysia tetapi dia sudah tidak ada pilihan lain. Tetapi bukan semua
anggota kabinet beliau sanggup menurunkan tandatangan mereka. Yang
enggan ialah Timbalan Perdana Menteri, Dr. Toh Chin Chye dan Menteri
Luar Mr. S. Rajaratnam. Dalam usaha terakhirnya Dr. Toh telah menulis
sepucuk surat kepada Tunku dan berusaha bersemuka dengan Tunku untuk
mengelakkan perpisahan itu.
Tunku
sanggup merobah pendirian hanya kalau Mr. Lee sanggup melepaskan
jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sejurus pulang kembali, Dr. Toh
mendapati Mr. Rajaratnam sudahpun menurunkan tandatangannya kerana tidak
mahu berdegil bersendirian dalam hal itu. Demikianlah yang diceritakan
oleh Rajaratnam ketika saya menemui beliau seperti biasa di Institute of
Southeast Asia Studies yang terletak dalam kampus Universiti Kebangsaan
Singapura. Ketika itu Rajaratnam adalah seorang fellow kanan tetap pada
tahun 1980-an.
Kerana
itu apabila keadaan genting datang meruncing, tidak ada orang lain di
rantau ini yang dapat menandingi Tunku dalam menentukan tindakan
kerasnya. Kalau ada sesiapa yang memang digusari oleh Tunku, orang itu
ialah Sukarno seperti yang terserlah ketika bermulanya proses
konfrontasi yang mengganyang Malaysia. Tunku berjaya menguasai keadaan
dan melemahkan Mr. Lee dalam urusan hubungan Malaysia-Singapura. Tidak
ada alasan yang lain lagi. Dalam memoir Mr. Lee dia ada a menyebut akan
keperkasaan Tunku sebagai kelemahannya juga dan dia mengakui fenomena
itu walaupun sudah jauh terlambat tempohnya.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yewmempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum
1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding
di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak
Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin
merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada
1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya
kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO
mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang
Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada
autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian.
Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu
melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Kejadian
ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia
bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia..
Tetapi
hairan Hari ini kita melihat Puak2 Melayu Pakatan Rakyat Menuding Jari
dengan menuduh Tunku Sengaja menyerahkan Singapura kepada Parti PAP yang
di naungi kaum cina. Apakah mereka sudah buta hati tidak tahu sejarah??
Benarlah kata Pepatah..
Jika mahu merosakkan Tanaman, Racunlah Akarnya..
Jika Mahu Merosakkan Bangsa, Racunilah Sejarah Mereka..