Wednesday, May 22, 2013

KIT SIANG BIDAS KPN MULAKAN TUGAS DENGAN TINDAKAN BERMOTIF POLITIK SIA-SIA

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Pihak polis didakwa telah menyiasat pengasas DAP Dr. Chen Man Hin, di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung tuduhan menggunakan istilah "Malaysian Spring" dalam e-mel peribadinya tahun lepas kerana mempunyai hubungan dengan konspirasi untuk menggulingkan kerajaan secara haram dan ganas, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu kecewa dengan tindakan pihak polis itu menegaskan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengutamakan kepentingan negara dalam membanteras jenayah dan meningkatkan kepercayaan rakyat berhubung pencegahan jenayah, dan bukannya hanya "bermain politik untuk memuaskan nafsu tuan politiknya".

Bagi menyokong kenyataannya itu Kit Siang (gambar) turut mengeluarkan contoh, akibat tindakan polis menyiasat perkara yang "tidak perlu', kediaman kakak kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik kepada Ketua Polis Negara sendiri telah dipecah masuk penjenayah.

"Saya baru dimaklumkan yang dua pegawai polis telah menyoal siasat penasihat parti dan pengasas DAP Dr. Chen Man Hin selama satu jam 15 minit di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab bahawa istilah "Malaysian Spring" yang digunakan oleh Dr. Chen di dalam e-mel peribadinya tahun lepas mempunyai hubungan dengan konspirasi untuk menggulingkan kerajaan secara haram dan ganas.

"Ini tidak masuk akal dan betul-betul satu pembaziran sumber, tenaga dan masa pihak polis sedangkan ada lebih banyak perkara penting untuk dilakukan pihak polis, seperti memastikan Malaysia bebas daripada jenayah," tegas ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Beliau juga turut berkata, Khalid seharusnya dikecam kerana tindakan berkenaan yang mana beliau seharusnya fokus kepada tugas pertamanya iaitu membuatkan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan kebimbangan menjadi mangsa jenayah.

"Dengan keadaan jenayah yang begitu berleluasa, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk polis membuang masa dan sumber untuk satu pemburuan sia-sia hanya kerana ada ahli politik yang menyeleweng dan tidak bertanggungjawab membuat tuduhan palsu akan tetapi tidak mempunyai prinsip dan keberanian untuk membuat laporan polis," kata Lim.

Lim turut menegaskan adakah pihak polis bersedia untuk mendakwa mereka yang membuat tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan polis memburu sesuatu yang sia-sia, membazir masa dan sumber awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi jelasnya mungkin boleh berlagak bahawa siasatan polis terhadap Dr. Chen adalah bukti betapa dia serius bertugas sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Dia teramatlah salah, kerana itu hanya membuktikan Malaysia telah mendapat orang yang salah untuk menjadi Menteri Dalam Negeri yang tidak tahu apa keutamaan yang sepatutnya."

ANALISIS PRU KE 13 BN MENANG DI KAWASAN LUAR BANDAR PE MENANG DI KAWASAN BANDAR

Pakatan menang dua pertiga di kerusi campuran pada PRU13, dedah kajian

  VS


Oleh Zurairi AR

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memenangi 59 kerusi campuran di Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu hampir dua kali ganda daripada 30 kemenangan di kerusi majoriti Cina, menurut kajian terbaru yang sekaligus menolak dakwaan "Tsunami Cina" oleh Barisan Nasional (BN) sebagai punca kekalahan.

Badan pengkaji atas talian bebas tersebut berkata parti pemerintah BN memenangi banyak undi di kawasan luar bandar manakala PR meningkatkan sokongan di kawasan bandar dan separa bandar di negara yang sedang mengejar status negara maju 2020.

"BN mewakili majoriti luar bandar dan dapat mengekalkan kuasa dengan luar bandar dan kerusi separa bandar sahaja. Pilihan raya kali ini menunjukkan PR lemah di luar bandar yang terdiri daripada kerusi majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak," kata laporan itu, yang boleh didapati dalam blog rasmi PoliTweet.

Menurut PoliTweet, 108 daripada 133 kerusi (81 peratus) dimenangi BN adalah di kerusi luar bandar, manakala PR memenangi kerusi bandar atau separa bandar hampir dengan peratusan sama (72 daripada 89 kerusi).

PR memenangi semua 16 kerusi bandar majoriti Cina, 12 kerusi bandar Melayu dan 12 kerusi bandar campuran, memberikan mereka 40 daripada jumlah keseluruhan 43 kerusi bandar (93 peratus). Sebagai perbandingan, BN hanya memenangi 4 kerusi bandar Melayu dan 1 kerusi bandar campuran.

Daripada 54 kerusi separa bandar, PR memenangi 34 daripadanya (63 peratus). BN menang baki daripada kerusi separa bandar dengan kawasan separa bandar Melayu adalah sebahagian besarnya 12 kerusi tersebut.]

PoliTweet juga menunjukkan PR memenangi lebih banyak kerusi bandar dan separa bandar majoriti Melayu berbanding BN, ia menunjukkan kerusi majoriti Melayu bukan lagi jaminan kemenangan untuk BN.

Dalam kajiannya, PoliTweet mengkategorikan kerusi kepada tiga kategori yang tidak mengikut klasifikasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi lebih berdasarkan imej satelit peta Google dan peta SPR.

PoliTweet menggariskan kawasan "pendalaman" terdiri daripada kampung, bandar kecil atau tanah ladang dan kelihatan lebih besar secaara fizikal dengan populasi yang kecil. Kawasan "bandar" pula terdiri daripada bandar yang diliputi dengan betuk pembangunan bandar. Kawasan "separa bandar" adalah gabungan kedua-duanya sekali.

Dibawha tiga kategori itu, PoliTweet membahagikan 125 kerusi sebagai luar bandar, 54 separa bandar dan 43 adalah bandar.

Kawasan bandar terdiri sedikit melebihi daripada setengah kerusi majoriti Cina, tetapi kerusi majoriti Melayu masih lagi didominasi di luar bandar. Walaubagaimanapun terdapat lebih banyak kerusi separa bandar yang majoritinya adalah Melayu berbanding majoriti Cina dan kawasan campuran dicampur-aduk sekali.

Firma kajian itu juga menekankan kebarangkalian rendah BN untuk memenangi semula kerusi bandar, memandangkan BN hanya memperoleh 47 peratus undi popular di kerusi separa bandar dan 36 peratus di kerusi bandar, berbanding 57 peratus yang diperolehnya di kerusi luar bandar.

Dalam Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia terkini pada tahun 2010 menunjukkan populasi di bandar Malaysia berlaku peningkatan mendadak sejak tahun 1960-an, dengan 71 peratus daripada rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Bank Dunia bagaimanapun meletakkan jumlah sedikit lebih tinggi sedikit pada 72 peratus.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kedua-duanya telah mencapai 100 peratus status kemajuan, manakala Selangor dan Pulau Pinang - kedua-dua kini diperintah oleh PR - merupakan yang tertinggi selepas kedua-dua bandar utama itu adalah dengan lebih 90 peratus status kemajuan.

Kebetulan, Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk dengan 5.46 juta orang, dan seiring dengan Putrajaya, mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi di Malaysia disebabkan oleh penghijrahan dan peluang pekerjaan.

Dalam forum yang dianjurkan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) minggu lepas, pemerhati bebas pilihan raya Merdeka Centre mendapati pengundi jelas berpecah antara kelas-kelas yang berbeza, dengan kelas bekerja dan berpendapatan rendah kebanyakannya mengundi BN, dan kelas pertengahan dan atasan memilih PR.

Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian menekankan perbezaan antara kaum mencadangkan pengundi tidak berpecah mengikut kaum tetapi lebih kepada ideologi yang berbeza yang dikemukakan oleh kedua-dua BN dan PR.

Thursday, May 2, 2013

UCAPAN TUN MAHATHIR YANG MEMUKAU

UCAPAN BELIAU DI SHAH ALAM





UCAPAN MAHATHIR – BN OK DENGAN “GOOD GOVERNANCE”


TUN MAHATHIR sememangnya  mempunyai keahlian dan keistimewaan dalam memukau audien untuk akur dengannya. Terutama ahli-ahli UMNO – BN yang tegar dan melulu.Juga   orang-orang yang mengambil mudah dengan urus tadbir kerajaan yang baik dan telus.Tanpa mengambil kira rekod BN sepanjang pemerintahan dan rekod semasa yang sarat dengan rasuah.

Bagi beliau BNlah yang terbaik tersempurna tanpa ending dan taranya.Beliau akan melanyak dan  memukul habis sesiapa yang berani mempertikaikan kewibawaan BN yang diiktikad kerajaan tersohor di dunia. Segala fakta  ditolak  mentah dengan dalil-dalil yang tidak ada kena mengena dengan prestasi kerajaan. UMNO itu tonggak kerajaan, kerajaan itu Melayu, Melayu itu ISLAM.Muktamat. Sesiapa yang menolak dia pengkhianat dan memecah belah perpaduan. Justeru perlu dimusnahkan.

Rakyat terkedu dan mungkin menangis,  mengamuk jika pemimpin dan kerajaan yang tersangat baik tumbang di tangan pembangkang. Semuanya akan  bermati-matian  mempertahankannya walau miskin dan papa kedana. Mereka pun reda ini adalah pencapaian terbaik jika dibandingkan dengan warga di seluruh dunia di Afrika, di Syria, di India dan negeri China sendiri. Mahathir berjaya membuat mereka bersyukur dengan peribahasa yang sangat sentimental Tangan yang memberi jangan digigit !

 

UCAPAN TUN MAHATHIR YANG MEMUKAU 

Sebahagian besar rakyat  gemar  diorkestra semasa menghadiri ceramah yang boleh distilahkan sebagai pengulangan penglipur lara.Mengisahkan pencapaian masa silam. Sebagaimana dalam Hikayat Melayu. Tidak ada cacat celanya.Semuanya sempurna, terbaik belaka.
Mereka gembira dengan lagu lama berupa omongan dan perlian yang mempertikai, menghina dan merendah-rendahkan orang atau parti yang tidak disenangi.Puncanya  kerana parti dan tokohnya  berjaya mengatasi rekod UBN.  Rakyat yang tidak peka dan kurang mengambil tahu,  orang yang malas berfikir dan mengkaji  akan melopong dan menjadi mangsa mantik Mahathir yang songsang dan tersimpang.Tidak ada  apa fakta pun melainkan manipulasi , pengulangan dan kekaguman terhadap diri sendiri.

Rakyat yang bijak berfikir dan menilai  pasti  mengakui bahawa jauh sekali bezanya. Di antara REKOD negeri yang diperintah sebelumnnya oleh UBN dengan pencapaian apa yang dilakukan oleh PR sekarang. Terutama di  Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim.

Orang yang arif dalam  membanding dan membeza akan akur dengan hakikat dan fakta. Selangor mengalami belanjawan lebihan 4 tahun berturut -turut. Lebihannya mencecah RM 2600 juta.Inilah rekodnya bukan rekaan ,  tohmahan  dan omongan kosong untuk mendabit dada.

Lebihan 2.6 bilion adalah fakta perangkaan hasil urus tadbir dan tata kelola pengurusan kerajaan yang baik.  Apakah  TUN MAHATHIR mahu menolak dan menafikan  bahawa fakta ini propaganda dan palsu.Rakyat mesti tolak juga .Ini bukan pencapaian tetapi kemerosotan.

Beliau memang ahli politik totok yang amat pakar dalam memburuk dan memangsakan lawan bahawa pembangkang atau tokoh yang tidak disenanginya   langsung tidak berguna. Mengapa ? Adakah sikap beliau memang miring dan cenderung begitu.

Tidak ada kebaikan langsung pada pemimpin  Malaysia yang berwibawa dan berbakat besar apabila menjadi musuh politiknya. Walau pun setelah beliau tidak lagi menjadi PM . Sepatutnya sebagai negarawan beliau mengambil sikap berlapang dada yang telah sudah sudahlah.

Atau adakah kerana dengki,  negeri yang ditadbir  di bawah PR mencapai prestasi yang baik ? Laporan audit  negara mengesahkannya. Adakah wajar fikiran rakyat dihasut dan diracuni bahawa ini semua auta. Segala kebaikan wajar dijungkir balikkan dalam sekelip mata di lapangan ceramah bahawa suatu malapetakan yang buruk telah berlaku sesudah  sesebuah negeri itu jatuh ke tangan pembangkang. Sebagaimana yang beliau kecam ke atas Kelantan di bawah pentadbiran PAS.  TG Nik Abdul Aziz  dituduh pembohong dan penipu.

Sekali lagi jika prestasi  kewangannya negeri PR  tidak bersih  bagaimana laporan audit negara mengesah dan memuji rekod kewangan  terutama di Selangor dan P.Pinang.
Tun Mahathir  sangat mahir dalam  mengolah persetujuan orang ramai bahawa tidak ada sebarang masalah untuk rakyat kembali  mengundi BN-UMNO. Justeru disebabkan ada ketidak puasan,  kepincangan dan masalahlah yang menyebabakan rakyat bertekad menolak UBN.

Mesti ada faktor  yang utuh.Mustahil tanpa sebab yang munasabah.Kini rakyat Selangor menikmati kebaikan dan pembaharuan. Buktinya mantan MB Selangor  Tan Sri Muhamad atau Mat Taib sendiri memujinya. Selangor lebih baik kerana diperintah oleh pemimpin yang amanah.

Rakyat diminta selai lagi memberi mandat 2/3 tanpa perlu banyak berfikir kepada UBN . Apa sudah jadi pada negara semasa Tun Mahathir  berkuasa selama 22 tahun. Segala kepincangan  jangan sesekali dijadikan duluan, usah diungkit. Cukup dengan kekagumanan terhadap kebijaksanaan beliau dan bersyukur dengan  wajah pembangunan  negara yang jauh berubah semenjak 55 tahun merdeka.

British pun buat pembangunan juga tetapi pembangunan tersebut dibolot untuknya.Rakyat hanya mendapat sedikit tempias hasil.  Kazanah kekyaan negara dipunggah keluar. Begitu juga dengan BN. Hasil kemerdekaan menunjukkan 11  juta rakyat  penerima BRIM berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan.

Kebanyakannya ialah orang Melayu. Jadi apa bahagian yang mereka dapat daripada limpahan pembangunan negara. Sepatutnya kita jadi lebih kritikal dan  terbuka dengan apa yang kerajaan lakukan selama ini. Sehingga jurang pendapatan segelintir  golongan kecil rakyat Malaysia yang membolot kekayaan negara amat jauh bezanya dengan majoriti rakyat biasa yang termiskin.

Ini satu perkembangan yang sangat tidak sehat   .  Agihan kekayaan negara  sangat tidak adil dan seimbang  atau jurang  ekonomi terlalu jarak dan  terlalu pincang.  Inilah  yang cuba diperbetulkan oleh kuasa pengimbang  PR dalam  teras manifestonya. Tumpuan disasarkan  bagaimana meningkatkan kuasa beli isi rumah supaya mereka tidak terbeban dengan  inflasi

Apakah yang sedikit wajib bersyukur pada segelintir yang membolot  harta negara kononnya  demi mewujdkan keharmonian. Apa yang rakyat miskin  dapat daripadanya. Cara berfikir ini membungkam rakyat supaya diam dan menjadi tolol. Inilah keistimewaan Tun Mahathir dalam memperengap orang ramai supaya menjadi kelu dan buntu untuk sekali lagi dengan melulu kembali menyokong UBN. Kalau boleh memberi kuasa mutlak kononnya untuk meneruskan agenda pembangunan yang mapan 5 tahun ke hadapan.

Benar sebagaimana firman Tuhan dalam Al Quran sifat utama yang dibenci Tuhan ialah takabur. Syaitan dilaknat pun kerana adanya sifat ini. Orang yang takabur akan mendakwa dirinya  saja yang pandai . Dia menganggap  dirinya serba sempurna  lalu silau dengan kelemahan dan kecacatannya di hadapan Tuhan. Tidak ada sesiapa pun yang terlebih baik daripadanya.

Rakyat Malaysia kini telah arif dan faham betul apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin UBN dan ingin melakukan perubahan  pada INI KALILAH ke arah Malaysia  yang lebih baik. Pendekatannya sama seperti  BN iaitu dengan menjalin kerjasama dan permuafakatan .

Prinsip bekerjasama atau taaluf siasi antara pelbagai kaum dan agama untuk  menuju Malaysia Baru telah ada asas dan duluannya -Perlembagaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad.Negara telah jadi majmuk.Mana ada pilihan untuk tidak bekerjasama. UMNO pun bekerjasama membentuk PERIKATAN dan seterusnya BN.

Matlamatnya KEADILAN  untuk 28 juta  rakyat Malaysia.Malaysia  yang diktiraf Bank Dunia antara negara terkaya di dunia. Bandingannnya macam mana Singapura yang tidak ada sumber alam boleh mempunyai aset yang banyak mencecah ratusan bilion sedangkan kita negara yang kaya raya dengan sumber alam , bumi dan laut menanggung hutang RM 500 bilion lebih. Apa pula mantik yang boleh dicari untuk menafi dan menjungkir balikkan  fakta ini.Perlukah kita bertanya Tun Mahathir  sekali lagi ?