Monday, April 29, 2013

UCAPAN SULUNG MANTAN MB SELANGOR SETELAH MENYERTAI PAS

Inilah ucapan sulung Tan Seri Haji Muhammad Taib mantan MB Selangor selepas menyertai PAS.Inilah orangnya yang disebut Datuk Nizar bakal menyertai PAS. Perkara ini telah pun menjadi kenyataan .Kemasukan beliau memberi suntikan baru. Lebih-lebih lagi Pakatan rakyat sedang berhadapan dengan berbagai tohmahan oleh UBN.


MR LAWRENCE SAW BERBICARA DARIPADA LUBUK JIWANYA




SASTERAWAN RAKYAT MR LAWRENCE SAW CETUSAN HATI NURANI RAKYAT BIASA!


INI SASTERAWAN RAKYAT BERBICARA KEPADA FELLOW  MALAYSIA 
                       SECARA PUITIS, SANTAI MENGUNGKAP  KEZALIMAN  DI NEGARA KITA 
 APA YANG TERJADI SELAMA 22 TAHUN MAHATHIR BERKUASA
              GERUDA MELANDA NEGARA   HILANG WANG  BERBILION BERLAKSA 


BMF, PKZ, PERWAJA, SKANDAL MAS DAN BERBAGAI ANGKARA MURKA    

     TANPA PERUBAHAN KITA SEMUA PASTI MERANA MERATAP  DITAKUK  LAMA

         SOKONG PARA PENDURJANA PELAHAP KAZANAH HARTA NEGARA   
  
            SEDERAP KITA BANGKIT SOKONG PERUBAHAN  MEMECAH MONOPOLI KUASA 


BEBASKAN  WARGA DARIPADA TERANIAYA  DALAM NEGARA MAKMUR KAYA RAYA 

DIBEBANI INFLASI,TOL,PTPTN, RASUAH  SERTA SEGALA  HUTANG NEGARA    

       PADA  5 MEI KITA  BERTEKAD UBAH DEMI KEMENANGAN DEMI  PERALIHAN KUASA 

  
AMAN  HARMONI  MENEMPUH FAJAR  REFORMASI SELEPAS  5 DASAWARSA   

         DEMI MASA DEPAN ANAK SEMUA BANGSA , MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! 

MAJU JAYA KE  PUTERAJAYA, MASA DEPAN BUAT  SELURUH WARGANEGARA 

SELAMATLAH MALAYSIA ,  INSYA ALLAH BERJAYA DALAM LINDUNG PERKENANNYA  !








BERI KAMI HAK BUKAN SEKAMPIT BERAS


ORANG ASLI ATAU ORANG ASAL TELAH BERANI BERSUARA. KAMI TELAH KEHILANGAN BANYAK HAK SEHINGGA SUKAR BERGERAK.TIDAK ADA LAGI KAWASAN RAYAU UNTUK ORANG ASLI.
JUSTERU MEREKA BERANI MELAUNG DAN MELONTARKAN PERNYATAAN  

 ” KAMI MAHU HAK BUKAN SEKAMPIT BERAS”


ORANG ASLI MENUNTUIT BERI KAMI HAK BUKAN SEKADAR SEKAMPIT BERAS . KAMI SEBAGAI RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN.SELAMA INI KAMI DIPERLEKEHKAN. KAMI TIDAK PERLUKAN KEBAJIKAN .APA YANG KAMI PERLUKAN IALAH HAK DAN KEADILAN.



SUARA RAKYAT : BERI KAMI HAK BUKAN JANJI MANIS

ORANG ASLI ATAU ORANG ASAL TELAH BERANI BERSUARA. KAMI TELAH KEHILANGAN BANYAK HAK SEHINGGA SUKAR BERGERAK.TIDAK ADA LAGI KAWASAN RAYAU UNTUK ORANG ASLI.
JUSTERU MEREKA BERANI MELAUNG DAN MELONTARKAN PERNYATAAN                   ” KAMI MAHU HAK BUKAN SEKAMPIT BERAS”

PELAJARAN DARI NEGERI SEMBILAN BUAT PAKATAN RAKYAT

DIPETIK DARIPADA BLOG ASPAN ALIAS
                                   
Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.Seorang yang diberi amanah tetapi tidak menunaikannya secara telus.
Bagi PAKATAN RAKYAT , pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR,  unsur-unsur ini wujud.
Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. ‘Jangan
buangkan air di tempayan terlalu cepat.
Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya’.
Perkara ini ditimbulkan kerana terdapat desas desus tentang pemilihan calon yang tertumpu kepada kelompok-kelompok tertentu yang mengusai PKR negeri. Perkara ini sangat ketara dan dimaklumi .
Reaksinya terdapat bantahan spontan  di sana sini seperti kejadian di Balik Pulau . Keretakan ini harus ditangani dengan segera agar retak tidak menjadi belah. Ini kalilah peluang terbaik untuk  PR menguasai Puterajaya .

ORANG ASLI BERANI BERSUARA: BERI HAK KAMI BUKAN PAMPASAN

Kini orang Asli atau orang asal sudah berani bersuara tentang hak-hak mereka. Mereka menuntut supaya hak -hak tanah tradisi dan adat  yang mereka duduki sejak turun -temurun diktiraf,dilindungi. Tanah-tanah adat itu hendaklah  digazetkan sebagai hak orang asal.Hak  yang tidak boleh dicabuli dan dilupuskan dari segi undangh-undang.Tanah milik Orang Asli untuk selamanya.
Mereka ingin berkembang selaras dengan pembangunan negara.Jika orang lain kaya raya mengapa pula orang asal dipinggirkan untuk berladang dan menikmati kemakmuran di atas tanah yang mereka telah dan sedang duduki sejak turun-temurun.
Jelas telah timbul kesedaran di kalangan mereka. Contoh ada kes di mana orang Asli menang perbicaraan atas tanah mereka yang dirampas. Implikasinya mereka  dibayar  pampasan oleh PLUS kerana mengambil tanah penempatan  orang Asli begitu sahaja.Ini berlaku  semasa pembinaan Projek  Lebuhraya Utara Selatan atas alasan tanah itu hak milik kerajaan.
Video di bawah meluahkan pemikiran dan tuntutan orang Asli.Mereka   mulai sedar kesan modernisasi ke atas hak dan masa depan mereka.Orang Asli  semakin terasak  akibat pembangunan. Ironisnya masyarakat moden seperti Melayu P.Pinang petempatan mereka terus luput dan tenggelam tanpa pembelaan. Mereka adalah penduduk asal P.Pinang
Melayu P.Pinang tidak punyai hak berlindung untuk bertahan kerana tidak ada  akta untuk memperlindungi Tanah Warisan Melayu khasnya kampung-kampung Melayu untuk terus bertahan.
  
             Yusmadi Yusuf                                                  Ahmad Murad Merican
Mantan MP Balik Pulau Yusmadi Yusuf pernah membawa perkara ini pada  Parlimen di penghujung tahun 2012. Namun tidak mendapat respon yang positif daripada pihak parti politik Melayu dan Islam.
Profesor Ahmad Murad mengusulkan perkara yang sama. Malangnya sehingga ke hari ini masih tidak mendapat reaksi positif daripada Kementerian berkaitan Warisan.Dalam setengah -setengah segi Orang Asli tampak  lebih terkedepan daripada kita di bandar. Jangan perlekehkan mereka. Mereka mulai sedar tentang hak mereka !
Bagaimana dengan kita ?  Hak untuk hidup dan bertahan di bandar- bandar utama yang semakin terhimpit  akibat sistem ekonomi yang terlalu terbuka.Sistem  yang mengutamakan keuntungan semata-mata ?

SAH MAT TAIB MENYERTAI PAS

Muhammad Muhammad Taib sertai PAS
Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS. PAS akan membuat pengumuman   rasmi  pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon. Ini untuk mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.
Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat (Dipetik daripada Warta Kerajaan Rakyat)
Dibawah pentadbiran MB Khalid Ibrahim ,pertama kali Selangor menikmati lebihan/surpuls belanjawan RM 2600 juta pada tahun 2012. Itulah rekod terbaik yang beliau caai dalam pengurusan ekonomi secara telus!
Katanya, Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri PengajianTinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.
“Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibubapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka.
“Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibubapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat.
“Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini.” kata beliau yang juga Adun Ijok.
Tahniah Kerajaan Selangor!
(Dipetik daripada Warta Kerajaan Rakyat)


ESOK PENGUMUMAN PENTING MAT TAIB >>>>>PAS

Sah!! BBekas MB Selangor, Muhammad Taib Sertai PAS

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi
Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok.
Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti. Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.
Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini

MESEJ HARI INI DEMI MASA DEPAN -BETRAND RUSSLE

BETRAND RUSSEL seorang pengarang dan ahli falsafah terkenal pada abad ke 20. Salah sebuah  bukunya yang terkenal berjudul The Power menjadi rujukan utama Dr Mahathir. Buku itu kelihatan   berada di atas meja pejabat perdana menteri .
Di bawah disajikan pandangan dan mesej hidup demi  keamanan  dunia. Lahir pada tahun 1972 dan meninggal pada tahun 1970. Ia menyaksikan wajah dunia diambang pemodenan dan melihat tragedi Perang Dunia I dan II . Beliau terlibat dengan pertentangan falsafah dan idelogi . Sama ada feudalisme ,kapitalisme, sosialisme, komunisme , fasicme, kediktatoran dan sebagainya.
The trouble with world is the stupid is cocksure and the inteligent are full of doubt
Beliau telah mengungkapkan kata-kata bijaksana :
Dunia menjadi kacau kerana orang bodoh yang terlalu yakin,  taksud dengan kepalsuan  dan orang bijak yang penuh  keraguan tentang  kebenaran .
Di bawah salah sebuah interview apa bila di tanya apakah pengajaran yang beliau dapat daripada perjalanan hidup yang panjang dan apakah beliau pelajaran daripadanya.
Jawapannya ada dua dari segi intelktual dan moral.



SITUASI PRU KE 13 USAHA MEMECAH MONOPOLI – RAKYAT LAWAN NINGRAT

CALON PARLIMEN PR  BALIK PULAU SAUDARA BAKHTIAR WANCHIK ketika menyampaikan ucapan memperkenalkan diri di Teluk Bahang pada Sabtu 12 April 2013 sebagai calon PRU ke 13  menyatakan berdasarkan analisis beliau bahawa :
Pertarungan kini bukan di antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat tetapi di antara BN dengan kebangkitan rakyat.Rakyat bukan sahaja tidak puas hati malahan menolak dasar-dasar BN yang menzalimi rakyat .Dasar-dasar BN yang membebankan rakyat dengan berbagai bebanan cukai, charge dan kutipan.
Kesimpulannya rakyat menuntut perubahan menerusi dasar-dasar baru yang lebih telus,  seimbang dan bertimbang rasa.
Mengapakah ini semua berlaku. Jawapannya kerana ekonomi kita tidak  bersifat terbuka. Wujud monopoli dalam punca-punca ekonomi kita  terutama sumber asli negara kita yang dikawal oleh pihak-pihak tertentu secara rakus dan mulak.
Sebab itu polisi yang dibuat  terarah untuk tunduk kepada syarikat-syarikat multinasional yang dikendali oleh beberapa nama besar  seperti Syed Mokhtar Al Bukhari, YTL , Ananda Krishnan dsbnya.
Kadang-kadang keputusan yang pelik dibuat. Kontrek Petronas Syarikat Nasional kita yang selama ini membekalkan minyak kepada MAS dihentikan untuk diberi kepada Syarikat Baru iaitu PETRON. Adakah orang yang ada kepntingan dalam PETRONAS boleh membuat keputusan yang merugikan PETRONAS .
Begitu juga dengan TOL. Kerajaan terikat dengan PLUS untuk membayar pampasan sekiranya TOL tidak dinaikkan atas permintaan PLUS untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Akibatnya TOL terpaksa dinaikkan secara berterusan.
Implikasinya pengguna iaitu rakyat menanggung beban yang berterusan.TOL mahal ,letrik mahal, harga gula dinaikkan, harga barang makanan naik menggila harga rumah dan bahan binaan usah dikatakan lagi!.Hampir tidak ada kawalan lagi untuk mengimbanginya.
Dalam hierarki kekuasaan kerajaan yang diwakili dan kuasa rakyatlah yang tertinggi bukannya syarikat .Namun dalam realiti ia tidak begitu. Kerajan terpaksa tunduk kepada kehendak korporat.
Oleh itu usaha memecah monopoli ini hanya satu iaitu kuasa para  elit penguasa yang rakus iaitu para NINGRAT DI PENTAS KUASA wajar dikurangkan atau ditolak. Mereka harus diimbangi dengan kuasa yang pro  rakyat .
Itu pun  jika rakyat faham dengan amalan dan perjalanaan sistem ekonomi kini.  Penguasaan ekonomi yang  bersifat monopoli tanpa diimbangi dengan  dasar-dasar yang yang lebih telus dan terbuka yang bersifat kerakyatan.
PRU bukan sekadar pengesahan terhadap ketuanan tertentu tetapi reformasi perubahan untuk keadilan.  Agihan ekonomi untuk semua  rakyat Malaysia.Ia boleh dilakukan menerusi peti undi dengan menyokong transformasi yang tulin bukannya transformasi buatan yang bersifat propaganda .
Dasar -dasar yang bersifat gimik “gula-gula pilihanraya” dan sementara.  Silau dan manis untuk jangka pendek Pada jangka panjangnya rakyat akan menderita. Selamat mengundi demi perubahan yang sebenar.
KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT  PERUBAHAN  MEMBAWA KEBERKATAN 

LONTARAN KATA-KATA HARI INI DARIPADA WIDJI THUKUL


KATA DAN IDEA BUKAN SEKADAR LONTARAN.IA ADA IMPAKNYA. KATA DAN TINDAKAN HARUS DIBARENGI DENGAN TANGGUNG JAWAP UNTUK MENGHINDARI IMPLIKASI YANG LEBIH  BURUK.
DALAM SITUASI MALAYSIA KITA MASIH ADA SISTEM YANG MEMBOLEHKAN PERUBAHAN BERLAKU SECARA AMAN DAN  DEMOKRATIS TANPA PERLU MENUMPAHKAN DARAH.
TIDAK  SEBAGAIMANA YANG BERLAKU DI INDONESIA ,MESIR, TUNISIA DAN LIBYA. KITA WAJAR MEMILIH YANG TERBAIK DAN MENGHANTAR MESEJ YANG KUAT BUAT SATU PERUBAHAN SELEPAS 50 TAHUN LEBIH MERDEKA.
MEMNJAM KATA-KATA PROF  CHANDRA MUZAFFAR DI AWAL REFORMASI:
YANG LAMA HARUS PERGI NAMUN YANG BARU BELUM MUNCUL LAGI !
KINI YANG BARU DENGAN AGENDA PERUBAHAN UNTUK YANG LEBIH BAIK  TELAH MUNCUL.TUNGGU APA LAGI !

PRU KE 13 :JAWAPLAH HUJAH DENGAN HUJAH BUKANNYA AMUKAN EMOSI

NASIHAT MUSA HITAM KEPADA UMNO : JAWAPLAH HUJAH DENGAN HUJAH

BANYAK JASA BAIK UMNO  UNTUK NEGARA. BANYAK YANG BOLEH DITONJOLKAN HASIL DARIPADA CETUSAN PEMIKIRAN PARA PEMIMPIN UMNO.
DASAR EKONOMI BARU, LAHIRNYA GOLONGAN MENENGAH MELAYU YANG BESAR DI BANDAR,  LAHIRNYA KELAS  INTEKTUAL MELAYU YANG MENGUASAI PENGURUSAN  PERINGKAT TINGGI UNIVERSITI,
SYARIKAT KORPRAT  MEGA YANG  DITERAJUI PARA CEO MELAYU, RISDA, FELDA, PNB YANG BERJAYA MENGUMPUL RATUSAN BILION, TABUNG HAJI DAN BERBAGAI PERKARA YANG TIDAK TERFIKIR SEBELUM MERDEKA.
MENGAPA INI TIDAK DIJADIKAN HUJAH YANG PERLU DILONTARKAN SECARA KONKRIT. INI MENUNJUKKAN PARA PEMIMPIN UMNO KETANDUSAN IDEA, PANIK DAN HILANG PUNCA. HANYA BERPADA DENGAN  MENGAMALKAN POLITIK UNGKIT, FITNAH DAN MENIMBULKAN KETAKUTAN .
KESIHAN ! BOLEHKAH BERTAHAN ? ORANG SEPERTI TUN MUSA HITAM DAN TAN SRI RAZALEIGH PUN DIPINGGIRKAN. TIDAK DAPAT TEMPAT UNTUK MENJADI JURU PENASIHAT KEPADA PARTI YANG DULU MEDAN PERJUANGAN MEREKA. YANG TERPAKAI SEORANG SAHAJA . FAHAM-FAHAM SAJALAH SIAPAKAH DIANYA .